SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah
Sekolah ini dibina di atas sebidang tanah seluas 6.010 hektar yang asalnya adalah kebun kelapa sawit.  Kerja pembinaan bermula pada 18 Julai 1988 dan siap sepenuhnya pada 11 April 1989. Pembinaan melibatkan  perbelanjaan sebanyak 2.2 juta ringgit. Sekolah ini terdiri daripada 4 buah bangunan , sebuah kantin  dan 16 buah kelas sahaja. Sekolah ini dibuka pada 1 Disember 1989, Bilangan pelajar agak kecil iaitu 599 orang.
Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Valdor kerana terletak berhampiran Kampung Valdor.  Valdor berasal daripada perkataan Portugis iaitu val d’or yang bermaksud lembah emas
 SEJARAH BEKAS PENGETUA
Encik Yusuf bin Omar merupakan pengetua pertama bagi sekolah ini. Beliau telah diganti oleh Encik Abu Hassan Bin Yahya pada tahun 1990. Pada tahun yang sama Encik Ling Ah Chai telah mengambil alih jawatan pengetua. Beliau berkhidmat di sekolah ini pada 16 November 1990 hingga 1 Oktober 1993. Encik Khor Ah Leng ialah pengetua yang keempat bagi sekolah ini. Beliau berkhidmat sehingga Oktober 1994. Encik Lim Ah Kow dilantik sebagai pengetua kelima untuk sekolah ini. Beliau telah diganti oleh Puan Heah Gaik Hoe pada 1 April 2001. Selepas persaraan Puan Heah Gaik Hoe, diisi pula oleh Encik Tan Weng Hooi pada 1 Jun 2004 sehingga 15 Disember 2008. Pada 16 Disember 2008 hingga 30 April 2010, En Chuah Cheng Hooi, telah ditempatkan di SMK Valdor  sebagai pengetua. Pada 2 Mei 2010 En Teoh Piah Teik telah mengambil alih jawatan pengetua  SMK Valdor hingga 22.10.2016.Beliau telha bersara dari perkhidmatan. Kini Pengetua SMK Valdor ialah En Lee Cheah Kuen.